Pages

Monday, December 09, 2013

Ladang Anggur Tasik Beris

Dah lama saya nak ke sini, atas kesibukan terpaksa ditangguh, namun minggu lepas, saya ambik kesempatan ke sini selepas turun dari Puncak Jerai.
Sedikit catatan sejarah tentang kewujudan tasik ini. 

Tasik Beris merupakan sebuah tasik buatan yang terbentuk 
hasil dari pembinaan Empangan Beris iaitu pada 10 Ogos 2000

Sebelum ini, kawasan tasik ini merupakan kawasan perkampungan dan kini telah dipindahkan ke kawasan petempatan baharu di Pekan Beris Jaya, kira-kira 16 km dari sini.
Dari jalan raya ke kawasan parkir lebih kurang 150m dan jalannya belum berturap. Mungkin sedang dalam proses turapan.
Cas masuk, RM6 untuk dewasa dan RM3 untuk kanak-kanak.

Seperti di Taman Anggur Perlis, terdapat beberapa fasa tanaman anggur di sini. Ada yang baru berbuah, dan ada yang telah sedia untuk dituai.


<<<<<< >>>>>>
Di luar kawasan tanaman..
Ada dijual mee goreng, nasi goreng, dan ais krim home made

+++++  +++++
Saya melayan tegak dengan satu pack mee goreng dan ais krim yang berperisa anggur. Potongan anggur atau strawberry dimasukkan kemudian.
Lepas makan, ronda-ronda tepi tasik jap




>>>>>  <<<<<
Sebelum bergerak balik, singgah jap di sini..
Beli anggur satu pack..
Beberapa produk home made
Di kawasan ini juga turut dibangunkan resort dan chalet dengan pelbagai pilihan. Aktiviti menaiki bot turut disediakan.
~~~ ~~~ ~~~
Ini dulu N3 untuk kali ini. Saya bekalkan kengkawan dengan anggur yang manis ini....


ASSALAMUALAIKUM

Sunday, December 08, 2013

Puncak Jerai


Assalamualaikum rakan-rakan sekalian,
dah lama saya tak bersiaran, rindu sungguh rasanya..

Balik dari Thailand minggu lepas ambil masa jap singgah ke Puncak Gunung Jerai. Dah lama benar tak ke sana, seingat saya kali terakhir ke sana masa zaman sekolah dulu lagi.
Nak ke atas boleh bawa kenderaan sendiri atau menggunakan perkhidmatan van yang disediakan tetapi bayarannya memang mahal.
Sebelum sampai ke puncak,, Muzium Perhutanan menanti kunjungan kita.


~~~~~~
Lebih kurang 2 km kemudian sampailah ke puncak.

Gambar di bawah ni lokasi untuk meletak motosikal sebab motor 
tak dibenarkan masuk ke kawasan The Regency 

 ~~                                               ~~

Semua resort di atas ini milik The Regency Jerai Hill Resort



~~ ~~ ~~
Angin agak kuat waktu saya ke sana.


Teruja juga melihat pemandangan indah di sana



~~~~       ~~~~
Royal Villa
<<<  >>>



>>>>  <<<<
Sawah Kedah yang indah
@@@@@@ 
Rasa tenang menikmati keindahan alam ciptaan Yang Maha Esa yang digabungkan dengan kreativiti manusia.




Dua jam di puncak tertinggi di Kedah ini saya turun untuk meneruskan aktiviti terjahan berikutnya..
Jumpa lagi .. ASSALAMUALAIKUM