Melihat Victoria Bridge yang masih kukuh berdiri membuatkan saya terfikir bahawa
begitu teliti pembinaan jambatan yang mula dibina pada tahun 1897 itu.
Jambatan untuk laluan kereta api yang terletak di Pekan Karai, Kuala
Kangsar ini telahpun menghentikan perkhidmatan sejak beberapa lama
dahulu dan digantikan dengan
jambatan baru yang terletak bersebelahan sahaja.
Namun begitu, laluan sisinya tetap digunakan oleh
penduduk kampung sebagai
jalan pintas menyeberangi Sungai Perak untuk ke Pekan Karai atau kawasan sekitarnya.
Tinggalan landasan ini juga dimanfaatkan oleh individu tertentu untuk
beristirahat atau mungkin sebagai tempat tinggal sementara juga.
Victoria Bridge yang masih 'segak'
Yang baru bersebelahan yang lama.
Tuntutan zaman tidak memungkinkan Victoria Bridge terus beroperasi,
apatah lagi dengan rancaknya rel elektrik yang sedang dalam pembinaan.
Posing dulu sementara tiada train...
Tak risau ke tetiba datang ketapi...
ReplyDeleteBerani-berani takut....
DeleteWah berani posing kat situ ya?
ReplyDeletetkasih dtg kat rumah mama.
mamaju.
Terima kasih juga buat mama.
DeleteMasa pegi tinjau-tinjau ni sembang-sembang dengan penduduk situ, diaorang ni dah bagi lampu hijau time tak de train...cepat-cepat shot..
Semoga Victoris Bridge tidak di'apa-apa'kan. Peninggalan sejarah untuk masa depan.
ReplyDeleteMudah-mudahan tinggalan sejarah ini akan kekal terpelihara. Kalau dilihat dari sisi, Victoria Bridge ini nampak macam gajah dan begitu gagah merentasi Sg Perak
DeleteSalam Ti,
ReplyDeleteTerima kasih share info sejarah ni. Teman org Perak pun tak tahu kewujudan Bridge ni. hehehe
Hihihi...Victoria Bridge ni macam 'unsung places' sikit. Tempat ni selalu juga dijadikan lokasi filem. Filem Abg Mamat Khalid, Zombi Kampung Pisang ada juga buat shoting kat sini.
Delete