Pages

Saturday, August 31, 2013

Ahad yang Renyai

Dah lama tak buat kerja gila macam ni…Suatu hari minggu yang renyai…..seawal  5.10 pagi, enjin kereta dihidupkan….vrommm.
Dalam ETS Bt Gajah-KL Sentral

6.20 pagi  tiba di Stesen Kereta Api Batu Gajah.  Nak naik tren kat Ipoh, susah parking, jadi terus ke Bt Gajah, tempat baru, luas. 

Beli  tiket ETS pergi balik, Batu Gajah -KL Sentral-Batu Gajah. Menunggu tren sampai solat subuh dulu.  Risau pun ada sebab sorang dalam surau.  Tawakal. Alhamdulillah.

7.10 pagi ETS sampai. 2 jam 30 minit kemudian tiba di KL Sentral. Sarapan dulu kat atas.
Top up touch n go RM 100 untuk memudahkan pergerakan. Naik LRT sana sini, tukar pulak ke monorel. Balik ke KL Sentral…
Tetiba rasa nak ke KLIA,  dah lama tak  ‘terbang’, rindu kat KLIA. Terus touch n go KLIA Express. 28 minit kemudian dah jejak KLIA. Melilau sana sini, gerak ke Anjung Tinjau. Memang dah lama tak jejak kaki ke sini.
Khayal melihat pesawat naik turun. Sedar tak sedar dah jam 3 petang. Cari surau tunai kewajipan. 4.30petang dah sampai KL Sentral semula. 
7.40 malam turun ETS di Bt Gajah. Hujan masih renyai seperti pagi tadi. 
Sehari perjalanan pada Ahad yang renyai.

10 comments:

  1. Salam Ti,

    Best juga pengalaman cam tu ya.Duduk je dlm train x yah nak drive, banyak tempat boleh tengok. Akak teringin juga nak naik train dari KL ke Ipoh

    ReplyDelete
    Replies
    1. WasSalam kak,
      Minggu lepas tu agak tertekan dengan kerja, bila dah seatle, tu yang buat kerja yang gila2 sikit, nak release tention. Lega rasa.

      Delete
  2. Macam-macam cara ye nak hilang tension.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihi...
      Tak sabar tunggu ETS dapat beroperasi ke utara. Nak tengok Tasik Merah. kalau train biasa jadual malam je ke utara, yang nampak cuma lampu.

      Delete
  3. Haii...macam2 kejutan la mike ni...tak penat ke?

    ReplyDelete
  4. catatan hati yg.lapang menatap wajah alam..ada nada ikhlas dan hasil gambar juga meresap dalam mata yg.menatap..suatu ketika akak pun pernah beraktivit seperti ini..hemm manisnya kesempatan. Takecare

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah, bila tiap kali saya ingin lakukan sesuatu, ada beberapa perkara akan saya pertimbangkan, antaranya, tidak menyusahkan orang lain dan tidak memudaratkan. Insyaallah.
      Terima kasih kak puteri. Kak puteri seorang yang benar-benar memahami....kon kap (terima kasih)

      Delete
  5. saya dah lama terpikir nak buat gitu.. dari KL ke Ipoh.. explore Ipoh.. ambik2 gambar.. makan2..

    ReplyDelete
    Replies
    1. On je...memang best...dapat relax, dapat tengok pelbagai ragam manusia...

      Delete