Tetiba tekak rasa nak makan somtam
berbuka petang ni.
Nak makan somtam Kak Noi
kat restoran siam sini.
Tengok Kak Noi adun somtam, klik klik la..
tapi Kak Noi pesan nampak tangan je tau Kak Noi malu...
Orait Kak Noi.
Orait Kak Noi.
Betik hari ni kurang segar, tak de stok. Tak pe, apa yang ada je. Kak Noi dah tahu saya suka pedas, dia masukkan banyak cili api.
Harum limau dan nampla membuatkan saya jadi lapar sangat dah. Kuranglah
pahala puasa saya hari ni.
Asyik kembang kempis hidung je menghidu makanan..
Asyik kembang kempis hidung je menghidu makanan..
Dah siap pun somtam Kak Noi untuk saya. 5 minit penyediaannya.
"Somtam ni untuk Ti, Kak Noi belanja"
Alhamdulillah...murahkanlah rezeki Kak Noi.
"Somtam ni untuk Ti, Kak Noi belanja"
Alhamdulillah...murahkanlah rezeki Kak Noi.
Makanan sihat tanpa minyak dan tanpa lemak. Tunggu masanya berbuka..
"Allahhuakbar Allahhuakbar"...azan..
Alhamdulillah..walaupun baru hari ke-2 puasa 6
"Allahhuakbar Allahhuakbar"...azan..
Alhamdulillah..walaupun baru hari ke-2 puasa 6
Suka juga makan somtam tapi tak tahan pedas.
ReplyDeleteBoleh bagitau tak nak pedas, tukang masak mesti akan kurangkan cili. Mereka mesti ikut selera kita. Pelanggankan raja....hihi
DeleteApa saja datang dari Thailand, pasti jadi kegemaran orang kita.
ReplyDeleteSyabas! Halamanmu ini sudah berubah wajah.
Saya memang suka masakan Thai.Kami adik beradik sebahagian ikut cara makan mak, sebahagian lagi ikut citarasa arwah ayah. Arwah ayah masakan berempah, terutama kari.
DeleteSelamat pose nam, Cik t.
ReplyDeleteTomyam, Somtam....lembut bunyinya, berirama. Memang benar menu Thai popular. Yummy!
Terima kasih kak, tapi hari ni (selasa) saya tak puasa. Ada jamuan raya kat rumah kawan lepas asar ni. Dia minta tolong saya buatkan mihun tomyam. Sambung Khamis ni pulak.
DeleteMasakan Thai ni ringkas, cepat pulak tu. Sesuai sangat lah orang org yang kelam kabut macam saya ni...hihihi
Salam perkenalan Ti,
ReplyDeleteKecur air liur tengak somtam ni, betul tu makanan berkhasiat tak de minyak langsung. Yum yum
Salam perkenalan juga untuk puan saodah.
DeleteTerima kasih sudi singgah blog saya ni. Seronoknya dapat tambah kenalan melalui alam maya ni.
Saya ni kadang2 suka ke dapur, bila mood rajin di dapur tu segalanya nak buat. Tapi bila time malas, round pilih mana-mana kedai siam. Selera ikut mak, keturunan siam.
As salam kak t,
ReplyDeleteSaya mula kenal dan makan somtam sejak dari masa sekolah rendah lagi kerana jiran sebelah rumah adalah org Selatan Thai. Kat tmpt saya tinggal skrg, stok betik jadi rebutan pembuat/penjual somtam dan sering kehabisan. Saya ingat nak tanam betik banyak2 dan bekalkan betik segar kpd mereka.
Kalau kat kampung kak t suka buat somtam sendiri, atau kadang2 kerabu mangga, ringkas dan sedap dimakan. Kalau tak de betik, kak t guna kulit tembikai, jadikan somtam...sedap..
DeleteKak t setuju sangat kalau Adry tanam betik banyak2, nanti boleh jadi pembekal. Boleh le kak t order...
salam dik.
ReplyDeletesomtam tak pernah rasa lagi, buah betik bersepah kat laman ni..selalu teringin nak buat ikut resepi yg.rakan2 berikan, tapi tak terbuat juga..hehehe sibuk ke atau malas?..kena cari menantu peranakan thailan ni.
WasSalam kak,
DeleteHahahaha..Kalau akak nak cari menantu yang ada darah tomoi ni, kena yang rajin, jangan spesies macam saya ni, ikut lentokan angin..ada angin rajin, ketum ketam kat dapur....bila tiupan ribut malas datang, seminggu dapur tak berasap...
Sy ada kwn sorang, langsung tak boleh terima masakan thai, dia kata terlalu ringkas dan masakan tak de perasaan. Saya tak kecik ati pun...sy faham sebab...dia keturunan anak mami yang memang kaw kaw punya soal makanan ni.