Apa tu MDUR??
M: Mardi
DUR: Durian
jadi??? MDUR: tentulah durian Mardi
Pagi-pagi lagi
saya dah tunggu depan pagar Mardi Kuala Kangsar ni. Ini kali ke-3 saya datang,
kali pertama buah tak de, kedua, buah dah ditempah satu lori.
Moga, kali
ni tak kecewa. Rezeki. Suka sungguh saya dengan si raja buah ni.
>>> <<<
Sebelum tu kat pagar, pak gad tanya saya dari mana, bila saya jawab dari Kuale Kangsar je, dia renung saya dan tengok ke arah no plat kareta saya. Saya nampak macam ada satu tanda tanya besar kat kepala dia sebab no plat kereta saya dalam dua bahasa....hahaha...
<<<< >>>>
Saya masuk ke kawasan Mardi, seorang pegawai dibantu beberapa pekerja sedang mengredkan buah. Di situlah saya diberitahu durian yang ada tu dari jenis MDUR 78/79
Gambar bawah ni, yang sebiji bertindan tu MDUR 79 yang lain 78
Saya beli 6 biji, tapi saya diberi lagi tambahan 2 biji.
yang tambahan tu satunya jenis D99, yang bawah ni la
Masa drive keluar, singgah kejap kat dusun ni
Tengah klik klik tu tiba-tiba plop...sebiji durian gugur..
Saya memanggil petugas yang sedang mengutip durian-durian gugur di situ. Saya nak ambil dan bawa durian tu ke tempat timbang dan bayar sebab exited dia gugur dekat kaki saya. Adik petugas tu kata tak pe, akak ambil lah, rezeki akak.
Alhamdulillah...
Sebelum keluar ambil gambar ni
Balik rumah....ambil parang
Dah tak ingat, yang ni jenis apa, yang tu jenis apa
Yang saya tau...lima bintang. Saya dah cuba Musang King tapi kedua-dua jenis ini keenakannya lebih berganda dari MK.
Isi D99 agak basah dan sedikit kurang dari dua jenis MDUR tadi tapi masih umpphh
MDUR...saya mesti beli lagi.
sedapnya...dah lama tak makan durian...
ReplyDeleteTak pe la kak kalau demi kesihatan, kena berkorban. Macam saya suka dengan rambutan, tapi saya tak boleh makan, kalau makan teruk batuk. Bila batuk mula la nak jadi asma...
DeleteTee sampai bila agaknya musim ni? mana tau ter emergency ke utara boleh je singgah sini ;)
DeleteSaya tak pasti kak. Nanti Isnin petang saya ke sana tengok ada lagi tak buahnya. Kalau ada saya maklumkan, saya pun ingat nak beli sikit lagi nak bawa balik kampung.
Deletebg la sebiji dua kt org kulim ni...geram dan terliur nengoknya..
ReplyDeletenanti kalau musim yang akan datang, k.kam mai le ke sini..
Deletekita berkhemah makan kat situ gak, mesti meriah..
mula ingat nak buat durian crepe tapi yak jadilah..
bile musim durian, sila bagitau kami ye. kami nak datang jugak
ReplyDeletenanti mai sini ramai2...bawa geng
Deletekak tee belanja tau... huhu
Deletewokeh...beres
Deletesalam dik.
ReplyDeleteeeeee jeles akak. Kalau musim durian terkena cuti sekolah tolong beri tahu ya..bawa akak membeli durian di MARDI kuala kangsar ni.
Tempat akak kalau durian kelas rendah yg.kalau di pahang dah jadi durian 1 bakul besar rm10. masih di timbang 1 kg.8 ringgit ke 12 ringgit.
Kalau yg.terpilih 1 kg 18ringgit ke 25 ringgit.terkadang mereka ikat rm50 tiga biji atau 4 biji.Balik rumah bila buka ulat atau pun isinya keras. Seratus ke dua tiga ratus ringgit, habis beli durian yg.entah apa apa. Apa pun kalau musim durian beri tahu akak nak bercuti pi makan durian yg.high class punya..hihihi..luv durians.
wassalam kak puteri,
Deleteinsyaallah kalau kena waktunya yang tepat cuti sekolah. Sini memang banyak durian yang baik. Ada satu tempat lagi tempat, di Pusat Latihan Pertanian Kuala Kangsar, situ pun durian jenis yang high class. Ada lagi jenis Jerangau dan Kucing Tidur, tapi saya belum pernah cuba lagi.
ish...pegi tak ajak-ajak teman
ReplyDeletecik kak...
Deletesemedang sibuk....bila tepon 3-4 kali belum tentu berjawab