Tadi ke rumah
kawan, tolong dia masak mihun tomyam,
dia buat open house kecil
(untuk 8
tetamu perempuan bujang je..)
Saya parking
agak jauh sikit, cari teduh bawah pokok. Masa turun kereta, nak betulkan
cermin sisi yang terkena dahan, rasa macam ada sesuatu
merayap kat betis, atas sikit je dari buku lali.
Saya kuis tapi tak nampak apa serangga pun. Masa tengah
masak, macam ada denyut-denyut sikit, biarkan lagi. Bila tomyam
dah masak, mula sakit. Angkat kaki seluar tengok, ahhh .. ada tiga tompok kesan gigitan dan dah merah menyala ..
Bagitau kawan, dan minta diri dulu sebab dah makin
sakit.
Ini masa
doktor nak inject, saya sempat snap
gambar guna handphone.
Bila saya
sampai rumah, tompok merah tu dah makin
membesar dan
membengkak. Waktu tulis ni,
bengkak dah makin ke atas.
Sakit
berdenyut-denyut.
Tak tahu disengat apa..
Tak tahu disengat apa..
Sengatan tebuan.
ReplyDeleteKawan2 ada kata sengatan lipan
DeleteTebuan biasanya tak menyerang bhgn bawah bdn tapi ini mungkin sengatan tebuan tanah yg lbh berbisa drp tebuan. Sarang tebuan tanah kdg2 sukar dilihat. Ada lagi serangga penyengat yg menyerang bhgn kaki iaitu peringat/temingat yg bersarang rendah.
ReplyDeleteKak t kata serangga tu merayap, ianya mungkin semut yg ada sengatan berbisa spt semut api, semut lada dan semut selangor.
Mungkin juga lipan...
Semalam tanya doktor, tapi tak pasti. Masa kena memang tak rasa pun. Dah lepas setengah jam baru mula denyut. Masa ambik kereta, tengok2 gak kot ada tebuan tanah, tak de. Semut pun tak de, kemungkinan besar lipan.
DeleteSemoga sudah berkurangan kesakitan sengatan Cik t.
ReplyDeleteAlhamdulillah, dah kurang sakit, tapi bengkak masih belum surut, malah bercantum tiga tempat tu, jadi macam kaki anak gajah remaja...
Deletesalam kenal.
ReplyDeleteterimakasih dtg. Mama dh tgk sikit blog ni. Wah menarik, nanti mama explore lagi.MAMA pun teringin nak mkn somtam!
mamaju.
Terima kasih sangat-sangat kerana mama (boleh panggil mama?) sudi singgah. Tambah ramai kenalan ni. Nanti kita berbalas kunjungan...Terima kasih.
DeleteSemoga segera sembuh..
ReplyDeleteTerima kasih, alhamdulillah, yang tinggal cuma bengkak, sakit dah kurang. Td sempat pegi tengok lagi kawasan " kemalangan ", kot boleh tulis apa yang patut, tak de apa...
DeleteSengatan lipan kot. Saya pernah kena, sakit berdenyut2 2 hari tapi biasanya lipan sengat satu tempat saja. Kalau tebuan tak merayap...Semoga cepat sembuh.
ReplyDeleteIni pun sakit gak malam tadi, tidur rasa tak de kualiti. Alhamdulillah sikit je ni. Ujian...lain kali hati-hati, jangan redah je.
Deleteya Allah, apa yg.terjadi ni?.
ReplyDeletewaa jangan pandang ringan, kalau tak sembuh juga cari org.yg.pandai tengok kan, mana tau ada masalah lain.Kakak doakan kepada Allah adik cepat sembuh.
Terima kasih banyak-banyak kak. Tadi ada kawan kat tempat kerja tu yang ada kemahiran perawatan Islam, ada juga tanya dia sebab bengkak masih tak mau surut, sakit dah berkurangan. Lepas Asar tadi dia kirimkan air melalui kawan. InsyaAllah.
DeleteTerima kasih atas doa akak. Semoga Allah memelihara kita semua dari hal yang tidak diingini.