Sedang prepair nak cuci kereta, baru je angkat baldi, jiran yang
berselang 2 rumah datang tergopoh-gopoh.
"Assalamualaikum, Ti, kamu makan rebung
tak? Pandai tak proses rebung ni? mak cik ada rebung ni, tadi anak sedara
bawa, tapi mak cik tak makan, tak tahan angin, kalau kamu suka, ambik le"
Tak menunggu saya menjawab, mak cik dah letak atas meja kecil dalam garaj saya. Meja kecil tempat saya selalu online waktu petang sambil tengok budak-budak main futsal depan rumah. Dah letak, mak cik jiran saya ni kocoh-kocoh terus balik. "Mak cik nak pegi KL"
Tak jadi cuci kereta. Kena proses kupas dan siang rebung dulu,
nanti kecut.
nanti kecut.
Dah kupas pun, miang juga rebung buluh madu ni.
Siang kasar-kasar dulu, simpan dalam bekas kedap, masuk peti ais,
nak masak nanti baru racikkan lagi.
Kalau rajin (mesti kena rajin) esok beli tulang,
masak kari campur rebung ni..
Akak tak pernah makan rebung madu. tentu manis rasanya ye cik T? Selalunya rebung dimasak lemak bersama ikan sepat atau sebarang kering masin.Sedap tau.
ReplyDeleteKalau orang Perlis memang jadi kemestian kalau kenduri kendara akan masak kari campur rebung madu ni. Rasanya memang agak manis, dan rebungnya pun kecil-kecil, senang nak proses. Kalau masak lemak campur ikan masin saya tak pernah buat, nanti boleh la saya try. Terima kasih kak beri idea untuk saya.
Deleteassalammualaikum dik
ReplyDeletewah sedapnya rebung madu masak kari tulang rusuk..dah lama tak makan.
Waalaikummussalam kak puteri,
DeleteYe memang sedap kak kalau masak kari tulang rusuk campur rebung, biasanya saya akan campur dengan daging juga sikit sebab kalau ada anak-anak sedara mudah diaorang ni nak makan.
This comment has been removed by the author.
ReplyDeleteUntuk tahan lama, rebus dahulu sebelum simpan dalam peti sejuk. Atau selepas rebus, gaulkan dengan garam dan simpan di dalam balang begitu sahaja. Makan bersama sambal belacan juga lazat rasanya.
ReplyDeleteTerima kasih atas petua yang diberi. Saya akan ikut untuk rebung tahan lebih lama.
DeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteorg negeri selalu gulai dengan perut..sedap.. masak pedas2..
ReplyDeletesedap tu, kena try, biar pedas kaw kaw
Delete