Pages

Sunday, July 14, 2013

Torpedo Hijrah

Kagum sungguh tengok kawanan burung hijrah ini. Saya namakan sebagai Torpedo Hijrah ini sebab nama sebenar burung-burung memang tak tahu dan tengoklah gaya meluncur tu...

Tak tahu dari negara mana dan hendak ke mana.
 Kawanan torpedo ini singgah di kampung kami sejak Februari hingga sekarang. 
Pada awal singgahan mereka, jumlah tidaklah sebanyak ini. 
Juga pada awalnya memang liar tetapi akhir-akhir ini sudah agak jinak dan sudah tidak takut pada bunyi enjin traktor.
Satu faktor kawanan ini kekal agak lama mungkin banyak makanan dan tidak ada gangguan daripada penembak curi.
Petani memang suka kalau kawanan ini singgah ketika padi sedang membiak sebab burung-burung ini akan makan perosak padi, ulat dan siput gondang emas.
Saya anggap pagi 5 Ramadhan ini membawa keberuntungan buat saya sebab dapat tengok dan dapat snap kawanan yang jumlahnya dianggarkan tak kurang daripada 400 ekor.
Kalau berdasarkan saiznya, setiap ekor dalam lingkungan 1 kg beratnya atau mungkin lebih.
Namun, nama juga burung hijrah, singgahan mereka tidak akan lama. Padi mula membesar, kawanan ini akan mula beredar mencari destinasi lain untuk singgah dan mencari makanan.
Kualiti gambar kurang memuaskan Ternampak je kawanan ini, saya terus berhentikan kereta dan snap je, tak sempat nak setting kamera betul-betul. Refleksi burung-burung ini terlalu cepat.

8 comments:

  1. Banyak betul burung hijrah ni. Seronok tengok

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bila terbang burung-burung ni buat formasi berbentuk V, tapi tak sempat nak snap sebab masa tu masih kat jalan raya. Masuk jalan kampung baru berhenti snap tapi kawanan burung ni dah mula mendarat.

      Delete
  2. Saya sering melihat burung-burung begini berhijrah. Kebetulah rumah hampir dengan laut, burung-burung ini selalu terbang melintasi rumah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Seronok dapat tengok aksi kawanan burung ni. Ini first time saya dapat tengok dari dekat. Tadinya tu ada juga yang asalnya nak tembak tapi bila nampak burung-burung ni bergerak dalam kumpulan yang besar, semua terlopong, langsung tak jadi tembak.

      Delete
  3. Replies
    1. Saya juga kagum tengok pergerakan burung-burung ni, ikut ketua mereka

      Delete
  4. As salam kak t,

    Rasanya ni burung botak upeh tapi saya tak byk ilmu mengenai burung2 ni. Burung botak upeh adalah spesis lindungan. Menangkap, memelihara dan membunuhnya adalah dilarang

    ReplyDelete
    Replies
    1. WasSalam, mungkin jugak. Kak t sempat bertanya dengan orang2 lama kat kampung, masing-masing pun tak pasti sebab tahun ni first time kawanan ni berkampung betul2 di kawasan paya nipah dekat kampung. Rumah kak t di kampung agak jauh dari jalan raya, selalu jadi tempat orang jerat burung ataupun tahan ikan. Kawasan berpaya. Ada juga spesies burung lain yang dilindungi tapi tetap juga ada peminat yang dok intai2...

      Delete