Pokok sepit udang atau Heliconia ini menurut fakta yang diperoleh melalui wikipedia, merupakan sejenis pokok hiasan yang sering ditanam di laman rumah.
Sewaktu berkunjung ke rumah seorang teman, Ana namanya, saya tengok 2-3 pokok ini ditanam di tepi pagar rumahnya.
Tidak begitu rimbun dan terjaga dengan baik.
Tertarik hati melihat akan kecantikan pokok itu, lensa pun mula bekerja... Klik klik klik......
Di sesetengah tempat pokok ini dipanggil sepit ketam.
Saya suka si sepit ketam. Unik ciptaan Allsh SWT.
ReplyDeleteSaya pun suka dengan pokok ini. Sekarang dah makin banyak orang tanam, cuma kadang-kadang tengok ada yang terbiar dan terlalu merimbun dengan daun, dah hilang serinya aslinya. Kalau terjaga seperti ini memang cantik dilihat dan senang di hati
DeleteSaya pun suka tengok keunikannya. Nak minta adik tanam kat kampung. Bila balik boleh juga tenung-tenung dan klik klik klik dia yang cantik tu.
ReplyDeleteAs salam kak t,
ReplyDeleteHeliconia ni ada byk spesisnya sebenarnya. Saya pun ada tanam beberapa spesis heliconia(termasuk semua yg dlm foto) di laman rumah kat kampung. Sepit ketam merujuk kepada heliconia berwarna merah yang berjuntai ke bawah tu. Sepit udang pula spesis heliconia yg batang/tangkai bunga menegak.
Wassalam Adry, terima kasih banyak-banyak atas maklumat. Kak t cari maklumat dari web, yang ada cuma sikit itu, gambar pun yang sama juga. Ini tanya kawan-kawan, banyak yang tak tahu. Terima kasih ya. Seronok dapat berkongsi maklumat seperti ini. Tambah ilmu tambah semangat.
Delete