Pages

Monday, July 08, 2013

Lebah & Madu

Lebah merupakan sejenis serangga terbang yang hidup berkelompok.
Lebah cukup dikenali kerana berperanan dalam mengahwinkan bunga, menghasilkan madu serta lilin lebah. Lebah mempunyai tiga pasang kaki dan dua pasang kepak. Lebah membina sarangnya daripada lilin yang terdapat dalam badannya. Makanan lebah ialah madu dan debunga.
Lebah adalah antara nama binatang yang disebut 
dengan terperinci kerjayanya dalam  al-Quran. 
Madu lebah asli mempunyai pelbagai khasiat yang dapat menyembuhkan pelbagai penyakit. Berbagai-bagai kaedah  boleh digunakan untuk menentukan keaslian madu lebah. 
Salah satunya dengan cara memasukkan sedikit madu ke dalam bekas, tambahkan air, kemudian digoncang perlahan-lahan. 
Jika terjadi gumpan-gumpalan seperti ditunjukkan, ini membuktikan bahawa madu tersebut adalah asli.


5 comments:

  1. Terima kasih kerana berkongsi cara mudah menentukan keaslian madu lebah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rasanya ini memang kaedah yang mudah. Ada juga orang kata dengan cara mencium baunya, tapi macam mana nak beza bau asli dengan tidak.

      Delete
  2. Demonstrasi mengenali madu lebah asli ini dirakam di Thai House Honey, Hat Yai. Selalu ke sana tak pernah masuk ke situ, tapi baru-baru ni bawa kengkawan teringat nak ke situ. Dapat ilmu ini.

    ReplyDelete
  3. Salam.
    Terima kasih atas info. Ada juga madu lebah, yang tak asli agaknya, dikerumuni semut. Selamat menyambut Ramadhan al Mubarak. Selamat menjalani ibadah puasa. Semoga diberkatiNya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah..Terima kasih Pn. Hajjah. Saya juga selalu beli madu tapi seringkali juga dah bercampur gula dan air.
      Saya juga ambil kesempatan mengucapkan selamat menyambut Ramadhan al-Mubarak, semoga tahun ini ibadah kita semua lebih baik dari tahun-tahun sebelumnya.

      Delete