Pages
Sunday, February 23, 2014
Tuesday, February 18, 2014
Kerana Aedes
Keranamu Aedes....
![]() |
Gambar Aedes ni bersumber dari Google |
..saya terbaring seminggu dalam wad.
Entah di kawasan rumah baru, entah di mana-mana...
yang pasti aedes telah menusukkan virusnya ke dalam tubuh saya.
Kata doktor vena saya agak ke dalam dan saiznya kecil sedikit, jadi masalah akan timbul setiap kali darah akan diambil.
Jarum digerudi ke kiri ke kanan atas bawah, dan darah gagal dikeluarkan.
Kesannya...lebamlah lengan saya di sana sini.
Seminggu di wad, drip 4 kali ditukar kedudukannya sebab membengkak
Sabar.. adalah pengajaran terbaik yang saya dapat
Kini proses pemulihan sedang tekun dilalui
Alhamdulillah..cuma sedikit ujian yang Allah hadirkan untuk saya.
Wednesday, February 05, 2014
No Title
Proses pindah line internet belum seatle. Online dengan android ni memerlukan kesabaran yang melangit tingginya. Apa pun Alhamdulillah masih boleh ber-online walaupun pergerakannya setaraf kura-kura comel..
Gambar di bawah ni tak de kaitan dengan ungkapan perasaan di atas, sekadar mengisi ruang yang kosong...
Subscribe to:
Posts (Atom)