Sungai Nenggiri
Apabila melalui laluan
antara Gua Musang ke Jeli, pasti
akan menempuh Sungai Nenggiri.
Terletak dalam Mukin Pulau
Stelu, Sungai Nenggiri sangat cantik pada mata kasar aku. Namun airnya sudah
tidak begitu jernih, mungkin kesan penebangan hutan di kawasan sekitar.
Dari atas jambatan, aku dapat menghala lensa kamera ke kiri dan kanan Sungai Nenggiri ini. Mata terpukau dengan
keindahannya. Di sebelah kiri laluan, dua anak
sungai bercamtum untuk membentuk
aliran sungai yang besar.
Keindahan yang Maha Pencipta Wujudkan ini
tidak boleh dilepaskan begitu sahaja.
Di pinggir sungai ini berdiri megah sebuah masjid
yang dinamakan Masjid Mukim Pulau Stelu.
Melihat alam yang terhidang
di depan mata ini timbul rasa keinsafan
bahawa keindahan ini perlu dijaga untuk tatapan
generasi masa depan.
Alhamdulillah penjelajahan yang memang berbaloi
Walaupun sedikit penat tetapi
pengalaman itu
yang paling
mahal.
Jumpa lagi pada entri yang akan datang.
Terima kasih kerana sudi singgah
di blog ini.
Assalamu'alaikum kak ti,
ReplyDeleteSaya dah byk kali juga lalu ikut jalan ni utk ke Cameron Highland. Air sungai Nenggiri dah tak sejernih dulu akibat pembalakan. Sungai ini terkenal dengan ikan kelah bersaiz mega suatu waktu dulu tapi sekarang semuanya hampir lenyap.
Di laluan ini, paling menarik perhatian saya adalah air terjun Stong/Jelawang yg kita boleh lihat dari jalan. Ia adalah air terjun yg tertinggi di Asia Tenggara.
waalaikummussalam Adry,
ReplyDeleteIni first time kak t lalu kawasan ini. Cantik sungai ni tapi itulah, dah keruh airnya. Mulanya dah terlepas, sekali nampak cantiknya, pusing balik tuk ambik gambar. Bukit2 batu kapur pada latar belakang tu nampak cantik sungguh.
Seronok kalau dapat menjelajah macam ni. Dapat juga info tentang kawasan pedalaman yang jarang didedahkan.
ReplyDelete