Entri kali ini panjang dari biasa.
Jumaat 19 September 2014
Jumaat 19 September 2014
Seawal
jam 2.15 pagi, saya drive sendirian ke Stesen Kereta Api Kuala Kangsar. Banyak
jugak kereta di jalan. Destinasi.. Butterworth dan pagi nanti patah balik
semula ke Kuala Kangsar. Saja nak relax sambil shoot gambar. Tak logik kan
kalau difikirkan, tapi tak kisah la. Saya tak menyusahkan sesiapa.
Tepat
2.47 pagi train Senandung Langkawi tiba di Stesen Kuala Kangsar. Sebab dah
diberitahu oleh petugas KTMB yang peramah dan baik hati, saya berdiri tepat tempat
koc yang akan saya naik.
Perjalanan
ke Butterworth tak banyak yang dapat saya lakukan, Cuma duduk sambil layan online.
Cuba nak pejam tapi tak mahu. 5.28 pagi train tiba di Stesen Butterworth. Tak jangka pulak bahawa stesen masih dalam pembinaan, sana tutup sini tutup.
Sambil berjalan untuk cari jalan keluar, saya sempat klik klik hasil vandalisme sebilangan rakyat Malaysia. Cermin train pun jadi mangsa.
Surau? Alamak, jenuh
tinjau sana sini, jenuh tanya orang tu orang ni.
Antara jawapan yang saya dapat:
Antara jawapan yang saya dapat:
“Sana
depan..”
“Entah,
tak pernah nampak ada surau”
“Ada sana tu tapi jalan nak ke sana dikorek, ada parit”
“Ada sana tu tapi jalan nak ke sana dikorek, ada parit”
“Depa
buat surau sementara, cik lalu kot celah-celah tu, hati-hati banyak batu tajam”
Akhirnya ternampak yang dicari. Memang tersorok tempatnya
Lega
dari jauh nampak lampu dan kipas terpasang, mesti ada orang
di dalam. Tolak,
berkunci tapi ada 5 pasang kasut di luar.
Saya ketuk, pintu dibuka, muka ditutup tudung. Saya jenguk ke dalam, 3 orang sedang tidur dengan muka ditutup. 2 bangun dalam
keadaan muka agak cemas. Sebelahnya surau lelaki,
ada 5 pasang kasut dan sepasang selipar.
keadaan muka agak cemas. Sebelahnya surau lelaki,
ada 5 pasang kasut dan sepasang selipar.
Kasut depan surau perempuan
Depan pintu surau lelaki
Saya ambil beberapa minit untuk membaca
beberapa potong ayat suci dengan tujuan melindungi diri. Terus ambil wuduk dan bersolat.
Alhamdulillah.
Salah seorang daripada penghuni perempuan dengan
Salah seorang daripada penghuni perempuan dengan
sedikit gelisah
mengetuk pintu surau lelaki, dan semuanya bangun.
Saya sempat klik klik sekeping dua sambil berjalan keluar ..tanpa flash. perasaan risau pun ada sebab mereka ramai, saya SORANG diri.
Juga ada ini yang menghuni depan surau sementara ni
Laluan keluar masuk untuk naik train memang mencabar, kalau bawa beg besar-besar tentu sangat bermasalah, masih dalam pembinaan.
Harap segera siap agar penumpang KTMB lebih selesa untuk
menggunakan perkhidmatan ini.
Harap segera siap agar penumpang KTMB lebih selesa untuk
menggunakan perkhidmatan ini.
>>>> <<<<<<
8.00 pagi Ekspress Rakyat - Butterworth - Woodland bergerak meninggalkan landasan Stesen Butterworth yang belum siap.
<<<< >>>>
Koc yang saya duduk ni tak ramai, jadi saya bebas bergerak
dari sisi kanan ke kiri untuk klik klik.
Perut lapar, mula plan nak ke kantin, tapi tak jadi bila
nampak ada 'kantin bergerak' datang.
Dua pekerja ni ramah sangat, sehabis baik mempromosi makanan yang ada, tapi hanya saya yang membeli makanan yang mereka berdua
bawa.Terima kasih..Nak sebut abang atau kakak??
bawa.Terima kasih..Nak sebut abang atau kakak??
Dah isi perut, layan pemandangan luar. Tingkap train berkabus.
Tak pe la..mana yang dapat je le.
Tak pe la..mana yang dapat je le.
Lepas Bagan Serai, train akan melalui Tasik Merah. Bulan lepas saya berdiri di atas jambatan di bawah ni untuk shot Ekspress Rakyat
yang lalu di bawahnya. Hari ini saya berada dalam perut
Ekpress Rakyat dan shot jambatan di atas tempat
saya berdiri masa tu.
Melankolik kan bunyinya...
yang lalu di bawahnya. Hari ini saya berada dalam perut
Ekpress Rakyat dan shot jambatan di atas tempat
saya berdiri masa tu.
Melankolik kan bunyinya...
Atas jambatan yang merentasi Tasik Merah. Kalau saya tidak berada atas train ini, saya pasti tak dapat lihat pemandangan begini.
Yang boleh di lihat di Tasik Merah
encik checker untuk bayaran tiket tambahan perjalanan ke Ipoh
Saya duduk kembali bila encik checker muncul dari koc depan
>>> <<<
Melepasi Taiping..
Terowong di bawah ini dibuat untuk membelah Bukit Berapit dan
Sumber : Encik Google |
Terowong
landasan berkembar
Bukit Berapit sepanjang 3.3 km ini merupakan
terowong
landasan kereta api terpanjang di Asia Tenggara
dan boleh menyokong kelajuan
kereta api sehingga 160km/j.
~ ~ ~~~~~~~~~~~ ~ ~
Stesen Kuala Kangsar
Kejap ye kita akan tahu siapa dia di atas ni...Saya meneruskan perjalanan ke Ipoh.
Babai Stesen Kuala Kangsar
Disebabkan saya sambung perjalanan, saya perlu beralih tempat duduk. Kata encik checker, mana ada seat kosong boleh je duduk.
Saya bergerak ke koc akhir. Wahhh...kat sini lagi la best.
Di belakang sekali, tempat penyambung koc penumpang dengan
kepala kereta api, ada tingkap...jelas pandang.
untuk menikmati pemandangan
Train pasti melalui Victoria Bridge ini.
Sedikit fakta mengenai Victoria Bridge.
Victoria Bridge merupakan salah satu jambatan
kereta api tertua di negara kita. Dibina antara Disember
1897 hingga Mac 1900 oleh Perak Government Railways. Perasmian jambatan
tersebut telah dihadiri oleh Sultan Perak pada masa itu iaitu Almarhum Sultan
Idris Mursyidul Azam Shah serta Raja Perempuan Perak. Juga turut serta Residen
Perak, J.P. Rodger dan isteri pada tahun 1900. Jurutera yang bertanggungkawab
terhadap pembinaan jambatan ini ialah G.W Fryer.
Kurang 40 minit, 10.55 pagi train tiba di Stesen Ipoh.
Yang sebelah kiri tu ETS, Ekspress Rakyat sebelah kanan.
Ingat gambar kat atas tadi? ala yang depan pintu train tu..
Dia duduk seat depan saya dalam train tadi. Dia nak ke Segamat,
tapi mengapa turun sini?
La....dia turun untuk lap tingkap yang berkabus, nak tengok pemandangan luar. Tadi kat Stesen Kuala Kangsar dia turun
jugak untuk lap.Sempat sembang kejap tadi.
>>>> <<<<
Keluar dari stesen, sempat saya klik klik beberapa keping
gambar dalam panas yang membahang ni.
Naik teksi ke, tak payah la, jalan kaki dekat je Medan Kit dari sini.
Tapi panas sangat tak tahan. Saya cari bus stop berdekatan.
Tambang seringgit ke Medan Kit. Cari bas destinasi
mana lagi kalau bukan Bandar Di Raja
Kuala Kangsar.
Lebih sejam dalam bas teng teng melalui Chemor, Sungai Siput dan Salak, 2.35 petang saya sampai di Stesen Kereta Api Kuala Kangsar
untuk ambik kereta yang saya parking situ awal pagi tadi.
Alhamdulillah selesai 12 jam perjalanan menimba
pengalaman menaiki kerata api.
Jumpa lagi..Assalamualaikum