Pages
Sunday, April 27, 2014
Saturday, April 26, 2014
Kenduri...Jom
Ada undangan ni, kenduri...2 ekor lembu tumbang. Masak gotong-royong. Petang semalam sembelih lembu, jadi saya pun
tumpang menyebuk gak. Kerja tak banyak mana pun, cakap pun tak banyak gak, yang
banyaknya jari klik klik klik. Kerjasama yang diberi 5 star la.
Inilah salah seekor lembu yang akan disembelih. Alhamdulillah.
Apa yang penting..kerjasama kerjasama..
Friday, April 25, 2014
Kappi / Belacan
Ahaa, kali ni saya nak
kisahkan mengenai belacan.
Saya ni
dalam kategori pemakan sambal belacan tegar. Sukar dipisahkan juga la.
Sedikit fakta tentang
belacan..
Proses penghasilan belacan
adalah atas tindak balas bakteria-bakteria dalam belacan itu sendiri. Hasil
kajian yang dijalankan, di dapati terdapat beberapa jenis bakteria membiak
dalam belacan pada peringkat awal pemprosesan. Ini termasuklah bakteria jenis
bacillus, pediococcus, lactobacillus, micrococcus, dan cornebacterium. Bagaimanapun,
bakteria-bakteria ini akan susut sedikit demi sedikit apabila bertemu dengan
asid laktik yang sedia ada dan terhapus sama sekali pada akhir pemprosesan
penghasilan belacan dilakukan. Yang tertinggal hanyalah belacan (udang) serta
kandungan garam yang agak tinggi. Setakat ini tiada kesan negatif yang dikatkan
dengan belacan dan selamat dimakan. Bagaimanapun, sebaik-baiknya belacan
disimpan dalam tempoh 6 bulan sahaja.
2-3 hari lepas saya
merayau-rayau ke Kuala Sepetang. Tiada tujuan, cuma jalan-jalan sambil cari
objek untuk sasaran lensa. Terfikir pulak nak beli belacan. Dalam hujan
renyai-renyai saya masuk lorong-lorong yang muat-muat kereta je, kalau nak selisih
memang kena berhenti pada selekoh la. Tanya sana sini jumpalah rumah yang ada stok belacan. Exited nak ambik gambar proses pembuatan belacan, tapi rupanya di rumah
tersebut hanya tempat menjual belacan yang dah siap. Proses yang lain ada kawasan khas,
tapi memandangkan hujan, kerja-kerja pemprosesan terpaksa dihentikan.
Inilah Belacan Pak Hassan, di Kuala Sepetang. Belacan dibalut dengan plastik sebelum dibungkus pulak dengan surat khabar. Seketul
belacan ni berharga 4 ringgit. Saya beli 3 ketul untuk dikongsikan dengan
kengkawan.
Inilah kisah belacan yang dalam bahasa Thai disebut kappi.
Jumpa lagi..
Assalamualaikum.
pt@kuala
sepetang
Monday, April 21, 2014
Yang Sulung
Banyak juga buahnya, tapi
masih belum masak sepenuhnya. Yang betul-betul matang baru setangkai dua je.
Ini buah sulungnya, saya petik untuk mak rasmi.
Manis, segar dan pastinya rangup...
Alhamdulillah.
Assalamualaikum, jumpa lagi
pt Lens Shooter
Sunday, April 20, 2014
Manihot Esculenta
Sedikit fakta tentang ubi
kayu
Ubi kayu ialah sejenis
tumbuhan tropika dan subtropika dari family Euphorbiaceae yang terkenal sebagai
sumber utama karbohitrat. Daunnya pula sebagai sayuran. Ubi kayu dikatakan
berasal dari bahagian tropika Amerika Selatan tetapi kini taburannya hampir di
semua kawasan tropika di seluruh dunia. Nama botaninya Manihot Esculenta.
(sumber : Wikipedia)
Ubi kayu ni adik yang tanam, kat tepi rumah dia. Dah dikorek dan ditarik keluar baru la tahu yang ubi tu mula buat terowong menyeberang pagar masuk ke rumah jiran sebelah. Rumah tu belum dihuni, tuannya masih bertugas di Sabah. Apapun tanah yang diceroboh ubi kayu tu kena la gembur semula.Assalamualaikum
pt Lens Shooter
Saturday, April 19, 2014
Mai Derm - Khlong Hae Floating Market
Dinamakan pasar terapung -
tentunya disebakan aktiviti perniagaan atas air @ atas sampan.
Dah tak terbilang kalinya
berulang ke Thailand, tapi jarang sekali saya ke sini. Tahun lepas cuma 3 kali ke
Khlong Hae Floating Market ni, mula, bawa rombongan dari Pulau Pangkor, kedua,
bawa 4 dara pingitan Kuala Kangsar, dan yang ketiga tu dipaksa sekali lagi oleh 4 dara
pingitan yang sama kerana belum puas kata mereka.. Tahun ni, sebelum bermulanya
Pesta Songkran secara besar-besaran awal April lepas, saya ke sini semula. Sebelum
ni tak pernah saya sediakan entri, tapi kali ni tergerak pulak hati nak
gambarkan suasana di sini.
Mai le derm... jom le round round
Mai le derm... jom le round round
Sampan-sampan tu sebagai
tapak gerai masing-masing la.
Mereka di sini menjadi kreatif pastinya atas tuntutan untuk hidup. Apa saja yang difikirkan boleh menarik perhatian orang luar (terutama orang-orang kita) pasti dilakukan bersungguh-sungguh.
Walaupun kat Hat Yai ni ada tempat-tempat yang berurus niaga dengan Ringgit Malaysia namun di sini mereka hanya menerima Thai Baht.
Peniaga tentunya 100% orang Thailand, pembeli lebih 90% orang Malaysia.
Mereka di sini menjadi kreatif pastinya atas tuntutan untuk hidup. Apa saja yang difikirkan boleh menarik perhatian orang luar (terutama orang-orang kita) pasti dilakukan bersungguh-sungguh.
Walaupun kat Hat Yai ni ada tempat-tempat yang berurus niaga dengan Ringgit Malaysia namun di
Peniaga tentunya 100% orang Thailand, pembeli lebih 90% orang Malaysia.
"ni thau rai.."
Sampai jumpa lagi...
Assalamualaikum
pt@Khlong Hae Floating Market, Hat Yai
Friday, April 18, 2014
Hijau yang Berbaki
Hijau di bumi Cameron pastinya bukanlah yang asli semula
jadi. Hijau yang masih berbaki ini adalah atas tuntutan pendapatan.
Apa pun..pada
kesempatan yang ada ini dapatlah menghirup sedikit angin dingin pergunungan..
Masih keletihan
Flu pulak, hidung dah merah. Bukak la mata seluas mana
pun, yang nampak tilam bantal selimut.
Jumpa lagi...Assalamualaikum..
pt@cameron
Subscribe to:
Posts (Atom)