Pages

Sunday, April 27, 2014

Ngantuk laa...

Namanya Tony Ja…
..sempena si hero Thai tuu...


 Tony Ja muda lagi





















Tony Ja dah lelap....

Saturday, April 26, 2014

Kenduri...Jom

Ada undangan ni, kenduri...2 ekor lembu tumbang. Masak gotong-royong.  Petang semalam sembelih lembu, jadi saya pun tumpang menyebuk gak. Kerja tak banyak mana pun, cakap pun tak banyak gak, yang banyaknya jari klik klik klik. Kerjasama yang diberi  5 star la.

Inilah salah seekor lembu yang akan disembelih. Alhamdulillah.


 Proses melapah, sepakat membawa berkat.

Apa yang penting..kerjasama kerjasama..


Memotong daging pun mesti ada skil


Membuang kotoran yang masih ada di dalam

Ke tempat untuk memotong tulang

Mesin pemotong tulang, senang tak payah ketuk dengan kapak dah.
Giliran kaum wanita
Menumis...di sini pun dah dapat bau keenakannya..
Ta da....

Masa untuk menjamu selera...jom

Friday, April 25, 2014

Kappi / Belacan

Ahaa, kali ni saya nak kisahkan mengenai belacan.  
Saya ni dalam kategori pemakan sambal belacan tegar. Sukar dipisahkan juga la.

Sedikit fakta tentang belacan..
Proses penghasilan belacan adalah atas tindak balas bakteria-bakteria dalam belacan itu sendiri. Hasil kajian yang dijalankan, di dapati terdapat beberapa jenis bakteria membiak dalam belacan pada peringkat awal pemprosesan. Ini termasuklah bakteria jenis bacillus, pediococcus, lactobacillus, micrococcus, dan cornebacterium. Bagaimanapun, bakteria-bakteria ini akan susut sedikit demi sedikit apabila bertemu dengan asid laktik yang sedia ada dan terhapus sama sekali pada akhir pemprosesan penghasilan belacan dilakukan. Yang tertinggal hanyalah belacan (udang) serta kandungan garam yang agak tinggi. Setakat ini tiada kesan negatif yang dikatkan dengan belacan dan selamat dimakan. Bagaimanapun, sebaik-baiknya belacan disimpan dalam tempoh 6 bulan sahaja.
2-3 hari lepas saya merayau-rayau ke Kuala Sepetang. Tiada tujuan, cuma jalan-jalan sambil cari objek untuk sasaran lensa. Terfikir pulak nak beli belacan. Dalam hujan renyai-renyai saya masuk lorong-lorong yang muat-muat kereta je, kalau nak selisih memang kena berhenti pada selekoh la. Tanya sana sini jumpalah rumah yang ada stok belacan. Exited nak ambik gambar proses pembuatan belacan, tapi rupanya di rumah tersebut hanya tempat menjual belacan yang dah siap. Proses yang lain ada kawasan khas, tapi memandangkan hujan, kerja-kerja pemprosesan terpaksa dihentikan.

Inilah Belacan Pak Hassan, di Kuala Sepetang. Belacan dibalut dengan plastik sebelum dibungkus pulak dengan surat khabar. Seketul belacan ni berharga 4 ringgit. Saya beli 3 ketul untuk dikongsikan dengan kengkawan.
Inilah kisah belacan yang dalam bahasa Thai disebut kappi.
Jumpa lagi..
Assalamualaikum.
pt@kuala sepetang

Monday, April 21, 2014

Yang Sulung

Inilah jambu sulung...

Banyak juga buahnya, tapi masih belum masak sepenuhnya. Yang betul-betul matang baru setangkai dua je. Ini buah sulungnya, saya petik untuk mak rasmi.

Manis, segar dan pastinya rangup...
Alhamdulillah.
Assalamualaikum, jumpa lagi
pt Lens Shooter

Sunday, April 20, 2014

Manihot Esculenta

Sedikit fakta tentang ubi kayu

Ubi kayu ialah sejenis tumbuhan tropika dan subtropika dari family Euphorbiaceae yang terkenal sebagai sumber utama karbohitrat. Daunnya pula sebagai sayuran. Ubi kayu dikatakan berasal dari bahagian tropika Amerika Selatan tetapi kini taburannya hampir di semua kawasan tropika di seluruh dunia. Nama botaninya Manihot Esculenta. (sumber : Wikipedia)
 Ubi kayu ni adik yang tanam, kat tepi rumah dia. Dah dikorek dan ditarik keluar baru la tahu yang ubi tu mula buat terowong menyeberang pagar masuk ke rumah jiran sebelah. Rumah tu belum dihuni, tuannya masih bertugas di Sabah. Apapun tanah yang diceroboh ubi kayu tu kena la gembur semula.

 Jumpa lagi
Assalamualaikum
pt Lens Shooter

Saturday, April 19, 2014

Mai Derm - Khlong Hae Floating Market

Dinamakan pasar terapung - tentunya disebakan aktiviti perniagaan atas air @ atas sampan. 

Dah tak terbilang kalinya berulang ke Thailand, tapi jarang sekali saya ke sini. Tahun lepas cuma 3 kali ke Khlong Hae Floating Market ni, mula, bawa rombongan dari Pulau Pangkor, kedua, bawa 4 dara pingitan Kuala Kangsar, dan yang ketiga tu dipaksa sekali lagi oleh 4 dara pingitan yang sama kerana belum puas kata mereka.. Tahun ni, sebelum bermulanya Pesta Songkran secara besar-besaran awal April lepas, saya ke sini semula. Sebelum ni tak pernah saya sediakan entri, tapi kali ni tergerak pulak hati nak gambarkan suasana di sini.
Mai le derm... jom le round round
 Sampan-sampan tu sebagai tapak gerai masing-masing la.



Mereka di sini menjadi kreatif pastinya atas tuntutan untuk hidup. Apa saja yang difikirkan boleh menarik perhatian orang luar (terutama orang-orang kita) pasti dilakukan bersungguh-sungguh.


 Walaupun kat Hat Yai ni ada tempat-tempat yang berurus niaga dengan Ringgit Malaysia namun di sini mereka hanya menerima Thai Baht.

 Peniaga tentunya 100% orang Thailand, pembeli lebih 90% orang Malaysia.

 "ni thau rai.."



















 Sampai jumpa lagi...
Assalamualaikum
pt@Khlong Hae Floating Market, Hat Yai

Friday, April 18, 2014

Hijau yang Berbaki

Hijau di bumi Cameron pastinya bukanlah yang asli semula jadi. Hijau yang masih berbaki ini adalah atas tuntutan pendapatan. 
Apa pun..pada kesempatan yang ada ini dapatlah menghirup sedikit angin dingin pergunungan..

 Buat entri dulu time rest ni, malam nanti baru jelajah blog kengkawan.


Masih keletihan





Flu pulak, hidung dah merah. Bukak la mata seluas mana pun, yang nampak tilam bantal selimut.

Jumpa lagi...Assalamualaikum..
pt@cameron