Pages

Monday, January 27, 2014

Chow Kit

Banyak yang saya tidak tahu tentang tentang Chow Kit. Bila saya gugel untuk cari tahu, dikatakan.. kalau nak cari apa saja, sila ke sini, semuanya ada. 


Saya langsung tidak ada pengalaman tinggal di KL,bekerja tak pernah, belajar pun bukan di KL.

Bila saya ke sini dua minggu lepas, group konvoi  kami di bawa guide menginap di salah sebuah hotel di tengah-tengah Chow Kit. Kami sampai dah magrib, gopoh gapah check-in takut terlepas waktu.  
sejam kemudian berkumpul di lobi untuk cari alas perut.

Alamak…..susahnya nak cari makanan di sekitar tu….  Jangankan masakan ala Thai, yang Melayu pure pun tak de. Semuanya masakan Indon.  Ada yang mencuba tapi ternyata selera memang tak boleh terima. Lastnya kami semua beli mee segera tapi saya langsung 
tak makan, badan keletihan, tak pernah riding jauh.

Alhamdulillah, paginya dapat bersarapan dengan penuh selera di hotel. Makanannya memang sedap.

 Saya sempat klik klik 3-4 keping gambar je dengan hp.  Travel kali ni tak bawa DSLR, space beg sandang sangat terhad.

 Mana perginya peniaga Melayu???

Sunday, January 26, 2014

Penghuni Zoo Melaka

Dah beberapa hari tak jengah sini, nak update dulu dengan gambar-gambar ni. 
Nanti kat rumah baru boleh cerita baru..









Mereka semua berasal dari hutan, kini berhabitat di Zoo Melaka

Tuesday, January 21, 2014

Sibuk Berganda

Tetiba saya kena pindah rumah sebab anak tuan rumah nak duduk sini. Khabarnya ditukarkan ke sini dengan kadar segera.
Kalut juga jadiknya…

Alhamdulillah ada kengkawan yang tolong mencari rumah sewa untuk saya. Serba salah la pulak, mana nak pilih. Apapun mak pesan, lokasi penting.

Sibuk packing, dah le malas masak, juga malas nak keluar cari makan. Tengok dalam freeze ada betik muda, cincang-cincang gaul, jadiklah untuk alas perut petang dan malam ni….
taa daa..somtam. Meratah somtam je le..
Jemput semua.

Tuesday, January 07, 2014

Rezeki Sisa..

Assalamualaikum rakan-rakan. Ini N-3 pertama 2014. Rasa lamanya. Sibukkan diri sebab ingin gapai impian yang dipendam sekian lama.

Dalam kesibukkan memenuhi impian, saya tersentak apabila saya menemui situasi ini.
Kawasan perlombongan bijih timah. Perlombongan legal berlesen.

 Lori ini membuang sisa bijih yang telah diambil hasilnya.
Lori-lori ini ulang alik menggelongsorkan sisa bijih 
ke kawasan bawah bukit.





Namun....sisa-sisa bijih ini menjadi rezeki kepada golongan masyarakat kecil pedalaman ini..
Tanpa menghiraukan risiko yang mereka sedia tahu, usaha tetap dilanjutkan. Hidup mesti diteruskan, rezeki mesti dicari biarpun terpaksa kais sisa-sisa bijih timah ini.
Saya difahamkan, dah ada beberapa orang yang terkorban semasa usaha mengumpul sisa-sisa bijih ini untuk dibawa keluar.
Terkorban disebabkan gagal mengelak sisa-sisa batu yang dibuang lori dari atas bukit sana.

 5 minit tegak di sini....Vrommm..memecut buah hati.. meninggalkan lokasi ...memiliki vrommmm vrommmm..itu impian saya yang telah ALLAH makbulkan pada awal 2014 ini.
Namun saya berazam dalam hati....
Alhamdulillah...semoga rezeki yang ada dapat kita kongsikan dengan mereka yang kurang bernasib baik.