Pages

Saturday, December 28, 2013

Annoyed ! !

Selepas selesai urusan di Hutan Melintang, ondewey balik singgah di Pekan Teluk Intan. Nak makan kat sini.
Dah 5.45. Semua gerai dah ready dan pengunjung pun dah mula masuk. Saya nak makan mee rebus di salah satu gerai situ.
Saya order, endah tak endah sorang tu menjawab..
(tak pasti toke ke atau kuli je)  "tunggu pukui 6"
Saya cakap dah hampir pukul 6..dia jawab gini "nak sekarang order gerai sebelah" dengan memek muka yang membuat saya menyampah betul.
Amboi cantiknya bahasa..menggelegak juga darah saya tapi sabar tee...
Sebelum tu saya memang sangat beria nak makan mee rebus situ, memang sedap, tambah dengan cucur udang yang rangup. Selalu pengunjung pun sangat ramai di gerai tu..tapi bila gini le bahasa dan caranya...tak hingin saya sampai bila-bila pun. 
Ingat..hidup ni macam roda, tak selamanya kita di atas..
>>>  <<<
Saya order mee dari gerai sebelah. Mee goreng biasa je tapi sedap sebab bahasa yang manis, senyuman yang mesra.
>>> <<<
Singgah pekan jap, tapi mood nak klik klik dah tinggal 10%.
Menara Condong ni pun nampak macam nak tumbang bila 
ingat bahasa dan body language si orang tadi tu..
Ada gerai macam-macam tapi singgah yang ni je..


Thursday, December 26, 2013

MDUR 78 MDUR 79

Apa tu MDUR??
M: Mardi
DUR: Durian
jadi??? MDUR: tentulah durian Mardi

Pagi-pagi lagi saya dah tunggu depan pagar Mardi Kuala Kangsar ni. Ini kali ke-3 saya datang, kali pertama buah tak de, kedua, buah dah ditempah satu lori. 
Moga, kali ni tak kecewa. Rezeki. Suka sungguh saya dengan si raja buah ni.
>>> <<<
Sebelum tu kat pagar, pak gad tanya saya dari mana, bila saya jawab dari Kuale Kangsar je, dia renung saya dan tengok ke arah no plat kareta saya. Saya nampak macam ada satu tanda tanya besar kat kepala dia sebab no plat kereta saya dalam dua bahasa....hahaha...
<<<<  >>>>
Saya masuk ke kawasan Mardi, seorang pegawai dibantu beberapa pekerja sedang mengredkan buah. Di situlah saya diberitahu durian yang ada tu dari jenis MDUR 78/79
Gambar bawah ni, yang sebiji bertindan tu MDUR 79 yang lain 78
Saya beli 6 biji, tapi saya diberi lagi tambahan 2 biji.
yang tambahan tu satunya jenis D99, yang bawah ni la
Masa drive keluar, singgah kejap kat dusun ni
Tengah klik klik tu tiba-tiba plop...sebiji durian gugur..
Saya memanggil petugas yang sedang mengutip durian-durian gugur di situ. Saya nak ambil dan bawa durian tu ke tempat timbang dan bayar sebab exited dia gugur dekat kaki saya. Adik petugas tu kata tak pe, akak ambil lah, rezeki akak.
Alhamdulillah...
Sebelum keluar ambil gambar ni
Balik rumah....ambil parang
Dah tak ingat, yang ni jenis apa, yang tu jenis apa
Yang saya tau...lima bintang. Saya dah cuba Musang King tapi kedua-dua jenis ini keenakannya lebih berganda dari MK.
Isi D99 agak basah dan sedikit kurang dari dua jenis MDUR tadi tapi masih umpphh
MDUR...saya mesti beli lagi.

Wednesday, December 25, 2013

Warisan Kapal Korek Terakhir

Cadangan asal cuti Krismas ni nak ke tempat lain, tapi disebabkan 
masalah keselamatan, jelajah kat dalam Perak je la, itu lebih baik.
Kebetulan pulak nak ke Teluk Intan, jadi ondewey tu singgahla 
mana-mana tempat yang ada kisah tersendiri.

N-3 kali ni nak kongsikan sedikit gambar kapal korek bijih timah yang terakhir beroperasi di negara kita. Sekarang dah dijadikan muzium pun.
Sedikit maklumat mengenai kapal korek ini:
RM 420.000 telah dibelanjakan untuk membaik pulih kapal ini termasuklah kerja-kerja mengapungkan dari kedudukan asalnya yang sedikit senget.
Mula beroperasi pada tahun 1913 dan terakhir diservis pada 1982.
Kapal korek ini memang sangat besar. Macam dianasor je.


Yang bawah ni, kat dalam dianasor tu la

////
Dari dalam perut dianasor, tengok ke luar, ada ternakan itik.
Tiga keping gambar di bawah ni ialah pengaup tanah yang mengandungi bijih. 

 Mangkuk yang besar ni tentu boleh muat badan saya yang bersaiz XL ni.
Yang bawah ni pulak, lorong untuk ke bawah kot, sebab ada tangga tu..
Masa nak klik klik kat sini, tiba-tiba kamera saya gagal berfungsi total.
Saya faham....akhirnya alhamdulillah setelah sepotong ayat Quran dibaca.
<<<<   >>>>
Sedikit fakta tentang kapak korek terakhir ini:
Keluasan : 35 x 75
Tinggi : 5 tingkat 
Berat : 45000 tan
Bilangan pekerja : 90 orang ( 30 orang setiap shif)





Sunday, December 22, 2013

Syukur Alhamdulillah...Ya Allah Selamatkanlah......

Syukur Alhamdulillah, hanya beberapa jam melepasi sempadan Thai-Malaysia, berlaku peristiwa pengeboman di Pekan Dannok.
Sebelum  itu, dalam perjalanan balik dari sana, saya transit satu malam di Satit Grand View Hotel yang terletak berhampiran Oliver Hotel yang dibom tersebut.

<<<  >>>
Ya Allah, selamatkan saudara-saudara ku yang ada di sana. 
Ibarat kata, cubit paha kanan, yang kiri turut terasa 
kerana......sebahagian.. 
hati ku ada di sana.


Saturday, December 21, 2013

Bahasa Kita

Bahasa Melayu turut digunakan oleh rakyat Thai...

walaupun ada kesilapan pada ejaan...
 tapi saya masih berbangga
 sebab ada yang betul

Monday, December 09, 2013

Telur Kembar

Balik kampung Sabtu lalu, tengok ada 11 biji telur ayam kampung atas meja di dapur.  4 biji daripadanya berbentuk bujur panjang dan lebih besar dari telur biasa. 
Mak kata telur-telur tu kembar.

~~~~  << >>  ~~~~
Esoknya saya masak nasi lemak sebab kebetulan adik-beradik balik semua, seronoknya buat pesta makan-makan. Telur kembar tu pun saya rebus....

Siap ditunggu anak-anak abang, pakat nak makan telur kembar..
Mujur sempat selamatkan yang sebiji ni, bukannya apa untuk diambik gambar je..sempat snap dengan hp
Tak lama lepas telur ni dibelah, dah selesai... 
Masing-masing exited nak makan...
namanya pun anak-anak...

Ladang Anggur Tasik Beris

Dah lama saya nak ke sini, atas kesibukan terpaksa ditangguh, namun minggu lepas, saya ambik kesempatan ke sini selepas turun dari Puncak Jerai.
Sedikit catatan sejarah tentang kewujudan tasik ini. 

Tasik Beris merupakan sebuah tasik buatan yang terbentuk 
hasil dari pembinaan Empangan Beris iaitu pada 10 Ogos 2000

Sebelum ini, kawasan tasik ini merupakan kawasan perkampungan dan kini telah dipindahkan ke kawasan petempatan baharu di Pekan Beris Jaya, kira-kira 16 km dari sini.
Dari jalan raya ke kawasan parkir lebih kurang 150m dan jalannya belum berturap. Mungkin sedang dalam proses turapan.
Cas masuk, RM6 untuk dewasa dan RM3 untuk kanak-kanak.

Seperti di Taman Anggur Perlis, terdapat beberapa fasa tanaman anggur di sini. Ada yang baru berbuah, dan ada yang telah sedia untuk dituai.


<<<<<< >>>>>>
Di luar kawasan tanaman..
Ada dijual mee goreng, nasi goreng, dan ais krim home made

+++++  +++++
Saya melayan tegak dengan satu pack mee goreng dan ais krim yang berperisa anggur. Potongan anggur atau strawberry dimasukkan kemudian.
Lepas makan, ronda-ronda tepi tasik jap




>>>>>  <<<<<
Sebelum bergerak balik, singgah jap di sini..
Beli anggur satu pack..
Beberapa produk home made
Di kawasan ini juga turut dibangunkan resort dan chalet dengan pelbagai pilihan. Aktiviti menaiki bot turut disediakan.
~~~ ~~~ ~~~
Ini dulu N3 untuk kali ini. Saya bekalkan kengkawan dengan anggur yang manis ini....


ASSALAMUALAIKUM