Pages

Sunday, September 29, 2013

Cinta Baru ~ Quessant Agosta

Cuma 3 jam berada di Melaka..
namun saya maksimumkan masa yang ada untuk menerjah menjelajah menghayati dan menikmati apa yang ada dalam kalendar pelancongan Bandaraya Bersejarah itu.

Terjahan utama tentunya Muzium Kapal Selam ini.
~~~~
Dalam muzium..


Menjelajah & menghayati apa yang ada di dalamnya


Menyesal sungguh tak bawa wide angle lens 6mm saya

Tapi Alhamdulillah .. ini untuk permulaan
~~~~
Saya keluar dari perut Agosta tapi saya berjanji akan datang lagi
dan masuk ke dalam perutnya lalu merakam segala 
organ mantap di dalamnya. 
>> <<
Awan indah Selat Melaka dari tangga Agosta
>> <<
Ruang pameran di bawah kapal selam >>
Foto dari foto

Keratan rentas Agosta 70

~~~~   ~~~~
Saya tinggalkan Agosta tapi saya bawa pulang rasa cinta yang mendalam padanya.
Jumpa lagi..

Thursday, September 26, 2013

Berlayar Bersantai

Santai-santai  release tention
@Sungai Perak

 Jom balik...dah nak Magrib

Tuesday, September 24, 2013

Tiru Dr. Singa

Maap doc, tiru idea..
 macro photo
tak larat nak ke mana, demam 
duduk rumah, ini lah kerjanya.
Ceteka...





terima kasih pada model yang cantik ini

Monday, September 23, 2013

Mempelam .. Ulat..

Balik dari kampung, singgah kejap di Bertam, jumpa kawan. Dah 5 kali dia call hari tu minta singgah, lama tak jumpa. Kebetulan dia pun balik kampung. 
Saya penuhi hasratnya, tapi minta maaf awal-awal sebab tak boleh lama, saya tak berapa selesa drive waktu malam, tak tahan silau.
Waktu sampai ada mempelam kat pangkin. Juga ada teh O panas dengan cekodok pisang. Yang saya terkam, mempelam dulu. Pisau pun tersedia. Dia pesan "selalunya mempelam tu ada...." Tak sempat habis dia cakap saya dah potong, terkejut, tertepis cawan teh, tumpah, abis basah kertas apa tah, nasib baik cawan tak jatuh.

Dia nak buang mujur sempat saya snap gambar dengan hp, 
ada kenangan ulat dalam mempelam
Tak dapat la makan, mempelam ada 2 biji je, 
dua-dua tu ada ulat..
>><< >><<
Renungan
"Jadilah pohon kayu yang lebat buahnya, dilempar orang
dengan batu tetapi dibalas dengan buah"

Sunday, September 22, 2013

Relax Minda

Minggu ni rasa ada sedikit tekanan dalam diri.  Nak relax la, balik kampung jumpa mak.

Keluar highway dah terhidang pemandangan ini. Berhenti  dulu untuk
snap beberapa keping gambar. Perjalanan masih jauh,
 sengaja nak melalui jalan biasa.
Tengah panas terik, waktu ni jam 1.15 tengah hari.
Gigih mencari rezeki.
Alih pandangan arah sebelah bertentangan jalan. 
Kerja yang sama jentera berbeza.
Diiringi sang bangau yang turut mencari rezeki.
Bangau dah tak takut dengan jentera. Dah biasa.
Bangau akan ikut pergerakan trektor .
<<     >>
Terpukau seketika melihat deretan banglo di tengah sawah ini.
>>>>  <<<<
Kembali bertugas demi negara dan tentunya demi poket sendiri.

Renungan
Duit bukanlah segala-galanya 
tapi segala-galanya memerlukan duit.

Saturday, September 21, 2013

Muzium Perang, Batu Maung, Pulau Pinang

‘Cakap-cakap’  banyak pihak menyatakan tempat ini misteri. Penduduk tempatan pernah menggelar kawasan ini Bukit Hantu.
Sedikit fakta tentang Muzium Perang ini: Asalnya ialah sebuah kubu pertahanan yang dibina oleh Inggeris pada tahun 1930 dan mula digunakan untuk operasi ketenteraan British pada 1939.
Apabila kubu ini ditawan oleh Jepun, ia dijadikan markas tempat tawanan diseksa serta dibunuh oleh tentera Jepun. 
Pengunjung berpeluang menempuh pengalaman berada dalam terowong gelap, merangkak juga dalam terowong sempit dan rendah yang kemudiannya memanjat tangga tegak dan keluar melalui pintu rahsia di atas bukit.

Pintu masuk selepas membeli tiket

Terdapat beberapa miniatur rumah di laluan masuk. 
Bom yang dinaikkan dari tempat simpanan bawah tanah
Lubang udara di terowong sempit
Antara peralatan yang digunakan oleh Tentera British
Saya mengambil peluang merasai pengalaman merangkak di terowong ini dan memanjat melalui tangga besi yang tegak di hujung sana dan muncul melalui pintu rahsia di atas bukit. 
Agak bangga le juga..(bukan belagak..hahaha) sebab saya sorang je yang lepas memanjat tangga tu, walaupun saya ni tergolong dalam kategori heavy weight, pengiring-pengiring saya yang light weight pun tak lepas. Dah sampai tangga ke 5 terpaksa tukar gear reverse, kembali merangkak keluar...
Ha....inilah tangga besi yang tegak dan sempit dalam gelap tu, 
anak tangganya ada 31.
Inilah pintu rahsia tempat keluar dari tangga tadi. Rendah je. Boleh tahan la juga penatnya, maklum lah bebanan heavy weight.
<<< >>>
cup...laluan untuk iklan..
Sebagai rakyat Malaysia, kita mestilah bersopan santun tak kira di mana berada 
walaupun ketika di dalam lorong yang gelap""
>>> <<<
Banyak yang akan kita jumpa kat atas bukit sana.


Memasuki kawasan yang agak menyeramkan. Tempat Jepun melakukan seksaan dan pembunuhan terhadap tawanan.
Tempat seksaan. Ada juga tempat seksaan seksual tahanan wanita, tapi saya tak sanggup nak ambik gambar, rasa terlalu ngeri dan kejam.
Kubur mangsa yang dibunuh. Tidak pasti tengkorak ini yang asli
atau tidak, tapi bila dekat terasa seram sangat.
Kawasan tempat tawanan digantung. Replika gambaran makluk menyeramkan ini membuktikan kawasan ini memang dipenuhi misteri.
...
Fakta yang perlu kita ketahui, muzium perang ini merupakan 
Muzium Perang yang terbesar di Asia Tenggara.
<< >>
Kisah Muzium Perang dan misterinya.
..jumpa lagi..