Pages

Saturday, August 31, 2013

Rebung Madu Jiran Beri

Sedang prepair nak cuci kereta, baru je angkat baldi, jiran yang berselang 2 rumah datang tergopoh-gopoh.
"Assalamualaikum, Ti, kamu makan rebung tak? Pandai tak proses rebung ni? mak cik ada rebung ni, tadi anak sedara bawa, tapi mak cik tak makan, tak tahan angin, kalau kamu suka, ambik le"

Tak menunggu saya menjawab, mak cik dah letak atas meja kecil dalam garaj saya. Meja kecil tempat saya selalu online waktu petang sambil tengok budak-budak main futsal depan rumah. Dah letak, mak cik jiran saya ni kocoh-kocoh terus balik. "Mak cik nak pegi KL"

Tak jadi cuci kereta. Kena proses kupas dan siang rebung dulu, 
nanti kecut.
Dah kupas pun, miang juga rebung buluh madu ni.
Siang kasar-kasar dulu, simpan dalam bekas kedap, masuk peti ais,
nak masak nanti baru racikkan lagi.
Kalau rajin (mesti kena rajin) esok beli tulang, 
masak kari campur rebung ni..

Si Cantik Orkid

Orkid tetap cantik dan menjadi kegilaan walaupun tiada haruman

Bila kawan-kawan riuh bercerita tentang kecantikan orkid di tapak expo pertanian, saya pun angkat kamera ke sana.
Melangkah ke tapak jualan orkid, mata ternampak ini..Ni lah gambar yang mula sekali saya rakam sebaik sampai.
Kalau orkid malas berbunga ada juga bajanya, tapi kalau orang yang malas, apa baja pulak nak di bagi???
Kata orang.. kalau orang yang banyak sangat 'vitamin M' dalam dirinya, orang tu pandai cipta alasan..
Apa pun, saya berpendapat, orang yang tanam & jaga orkid-orkid ni confirm seorang yang rajin.
Banyak lagi kategori rajin yang tak perlukan eviden..
Orkid & orkid
Untuk peminat orkid

Ahad yang Renyai

Dah lama tak buat kerja gila macam ni…Suatu hari minggu yang renyai…..seawal  5.10 pagi, enjin kereta dihidupkan….vrommm.
Dalam ETS Bt Gajah-KL Sentral

6.20 pagi  tiba di Stesen Kereta Api Batu Gajah.  Nak naik tren kat Ipoh, susah parking, jadi terus ke Bt Gajah, tempat baru, luas. 

Beli  tiket ETS pergi balik, Batu Gajah -KL Sentral-Batu Gajah. Menunggu tren sampai solat subuh dulu.  Risau pun ada sebab sorang dalam surau.  Tawakal. Alhamdulillah.

7.10 pagi ETS sampai. 2 jam 30 minit kemudian tiba di KL Sentral. Sarapan dulu kat atas.
Top up touch n go RM 100 untuk memudahkan pergerakan. Naik LRT sana sini, tukar pulak ke monorel. Balik ke KL Sentral…
Tetiba rasa nak ke KLIA,  dah lama tak  ‘terbang’, rindu kat KLIA. Terus touch n go KLIA Express. 28 minit kemudian dah jejak KLIA. Melilau sana sini, gerak ke Anjung Tinjau. Memang dah lama tak jejak kaki ke sini.
Khayal melihat pesawat naik turun. Sedar tak sedar dah jam 3 petang. Cari surau tunai kewajipan. 4.30petang dah sampai KL Sentral semula. 
7.40 malam turun ETS di Bt Gajah. Hujan masih renyai seperti pagi tadi. 
Sehari perjalanan pada Ahad yang renyai.

Thursday, August 29, 2013

Victoria Bridge- Masih di Hargai

Melihat Victoria Bridge yang masih kukuh berdiri membuatkan saya terfikir bahawa 
begitu teliti pembinaan jambatan yang mula dibina pada  tahun 1897 itu. 
Jambatan untuk laluan kereta api yang terletak di Pekan Karai, Kuala Kangsar ini telahpun menghentikan perkhidmatan sejak beberapa lama dahulu dan digantikan dengan 
jambatan baru  yang terletak bersebelahan sahaja. 

Namun begitu, laluan sisinya tetap digunakan oleh penduduk kampung sebagai 
jalan pintas menyeberangi Sungai Perak untuk ke Pekan Karai atau kawasan sekitarnya.

Tinggalan landasan ini juga dimanfaatkan oleh individu tertentu untuk
beristirahat atau mungkin sebagai tempat tinggal sementara juga.



                             Victoria Bridge yang masih 'segak' 

                Yang baru bersebelahan yang lama.
Tuntutan zaman tidak memungkinkan Victoria Bridge terus beroperasi,
apatah lagi dengan rancaknya rel elektrik yang sedang dalam pembinaan.

Posing dulu sementara tiada train...


Wednesday, August 28, 2013

Badang Bendang

Salah seorang ipar belum biasa dengan jalan sawah yang kecil.
Bila cuba tunjuk skill reverse....hahaha inilah yang terjadi,
sebelah tayar masuk sawah padi...riuh rendah jadinya...

Mujurlah ada badang-badang ni..
 Masalah selesai dalam tempoh 15 minit...


Tuesday, August 20, 2013

Tak Tahu di Sengat Apa..

Tadi ke rumah kawan, tolong dia masak mihun tomyam, 
dia buat open house kecil 
(untuk 8 tetamu perempuan bujang je..)
Saya parking agak jauh sikit, cari teduh bawah pokok. Masa turun kereta, nak betulkan cermin sisi yang terkena dahan, rasa macam ada sesuatu merayap kat betis, atas sikit je dari buku lali. Saya kuis tapi tak nampak apa serangga pun. Masa tengah masak, macam ada denyut-denyut sikit, biarkan lagi. Bila tomyam dah masak, mula sakit. Angkat kaki seluar tengok, ahhh .. ada tiga tompok kesan gigitan dan dah merah menyala ..
Bagitau kawan, dan minta diri dulu sebab dah makin sakit. 
Mesti ke klinik, ambil injection.
Ini masa doktor nak inject, saya sempat snap 
gambar guna handphone.
Makin sakit ni.
Bila saya sampai rumah, tompok merah tu dah makin 
membesar dan membengkak. Waktu tulis ni, 
bengkak dah makin ke atas. 
Sakit berdenyut-denyut.
Tak tahu disengat apa..

Monday, August 19, 2013

Somtam Kak Noi untuk Saya


Tetiba tekak rasa nak makan somtam 
berbuka petang ni. 
Nak makan somtam Kak Noi
kat restoran siam sini. 
Tengok Kak Noi adun somtam, klik klik la..

tapi Kak Noi pesan nampak tangan je tau Kak Noi malu...
Orait Kak Noi.                    

Betik hari ni kurang segar, tak de stok. Tak pe, apa yang ada je. Kak Noi dah tahu saya suka pedas, dia masukkan banyak cili api.


Harum limau dan nampla membuatkan saya jadi lapar sangat dah. Kuranglah 
pahala puasa saya hari ni. 
Asyik kembang kempis hidung je menghidu makanan..

Dah siap pun somtam Kak Noi untuk saya. 5 minit penyediaannya.
"Somtam ni untuk Ti, Kak Noi belanja"
Alhamdulillah...murahkanlah rezeki Kak Noi. 
Makanan sihat tanpa minyak dan tanpa lemak. Tunggu masanya berbuka..
"Allahhuakbar Allahhuakbar"...azan..
Alhamdulillah..walaupun baru hari ke-2 puasa 6




Menjunjung Kasih Ke Bawah Duli Tuanku : Kuih Raya dari Istana Negara

Alhamdulillah
Melalui seorang rakan, hari ini
kami merasa kuih raya dari
Istana Negara.

Sunday, August 18, 2013

EEEeee... Tikus di Gerai Udang

Yang saya nak tulis ni ialah pengalaman sendiri, yang saya saksikan dengan mata sendiri.
Kisah ni kat Hat Yai sana, bukan kat Malaysia.
Ramai orang kita yang sering ke sana, termasuklah saya sendiri yang punya talian darah.
Kalau tengok udang tergolek macam ni, saya percaya 
ramai yang tergoda. Saya pun sama.
Gerai udang ni terletak di kawasan sibuk dan beroperasi pada waktu malam je, berdepan
Kompleks Pink Lady, tak jauh dari Lee Garden Plaza Hotel yang pernah dibom dulu. Setiap kali ke sana, saya teringin nak beli udang ni, tapi ada je halangannya. Sekali tu dah nak pilih tiba-tiba kawan panggil minta tolong tawar-menawar aksesori yang dia nak beli. Tak jadi. Sekali tu pulak, duit tak cukup, dompet tertinggal kat hotel, yang ada cuma 500 baht, nak beli air dengan ubat sakit kepala.. tak jadi beli juga. Dan ada lagi la halangannya...heran juga saya.
Allah dah susun segalanya dengan sempurna sekali.
Kunjungan terbaru ni, saya dapat jawapannya mengapa setiap kali nak beli, ada je halangan.
Pagi tu saya tergerak hati nak keluar awal, nak tengok kawasan itu pada waktu pagi sebab kalau malam memang sangat meriah. 6.30 pagi (waktu Thai) saya turun dari hotel sorang diri. Memang sunyi sungguh. 
Tiba-tiba mata saya terpandang gerai udang ini di seberang jalan. Terkejutnya saya....Makanan dibiarkan terdedah, langsung tidak ditutup walaupun dengan sehelai plastik. Begitu juga dengan kuali, dibiar begitu saja. Tapi bekas yang isi udang besar tu dah kosong, yang ada udang yang lebih kecil, ayam, puyuh, dan udang celup tepung. TERDEDAH  (udang besar mungkin disimpan sebab mahal) 
Saya menuju ke gerai, dan yang membuatkan tekak rasa loya, beberapa ekor tikus sebesar lengan (tikus mondok) berkeliaran di celah-celah makanan, dalam bekas udang yang kosong dan di kaki meja. Berkejaran, agaknya dah kenyang..




Sang tikus berkeliaran di sekitar sini...Gelinya....
Kawasan hujung anak panah itu, beberapa ekor tikus bertenggek dan hanya berlari bila saya sampai. Saya tak sempat snap gambar sebab terkejut tengok keadaan ni.
<< >>
Bukan bertujuan menyekat rezeki orang, tapi kita ada pilihan....ambillah pilihan yang terbaik.



Friday, August 16, 2013

Ketupat Palas : Timur vs Utara

Raya kali ini kami buat pertandingan membalut ketupat palas.  
Ipar saya  orang Terengganu, punyalah cekap.
Cepat dan kemas balutannya. 
Saya….hahaha …tapi tak de hal, 
janji ketupat jadi dan raya meriah.
<< >>
Tengoklah perbezaan antara balutan 
versi timur dan versi utara....
Step dah betul..cuma salah teknik, tu jadi longgar kat hujung.
Bukan salah ibu mengajar, salah anak 
yang kurang cekap...hahaha

Wednesday, August 14, 2013

SARANG TEBUAN TOLONG JANGAN DIJOLOK

Sarang tebuan ni ada di dahan mempelam
betul-betul depan rumah di kampung.
Masih dalam proses pembinaan sebabnya
saiz sarang baru sebesar buah kelapa matang.