Pages

Sunday, June 30, 2013

Sungai Nenggiri, Gua Musang.

Sungai Nenggiri
Apabila melalui laluan antara Gua Musang ke Jeli, pasti 
akan menempuh Sungai Nenggiri. 

Terletak dalam Mukin Pulau Stelu, Sungai Nenggiri sangat cantik pada mata kasar aku. Namun airnya sudah tidak begitu jernih, mungkin kesan penebangan hutan di kawasan sekitar.
Dari atas jambatan, aku dapat menghala lensa kamera ke kiri dan kanan Sungai Nenggiri ini. Mata terpukau dengan
keindahannya. Di sebelah kiri laluan, dua anak
sungai bercamtum untuk membentuk
aliran sungai yang besar.
Keindahan yang Maha Pencipta Wujudkan ini
tidak boleh dilepaskan begitu sahaja.
Di pinggir sungai ini berdiri megah sebuah masjid
yang dinamakan Masjid Mukim Pulau Stelu.
Melihat alam yang terhidang
di depan mata ini timbul rasa keinsafan
bahawa keindahan ini perlu dijaga untuk tatapan
generasi masa depan.


Alhamdulillah penjelajahan yang memang berbaloi
Walaupun sedikit penat tetapi
pengalaman itu
yang paling
mahal.
Jumpa lagi pada entri yang akan datang.
Terima kasih kerana sudi singgah
di blog ini.

Tuesday, June 25, 2013

Jerebu & Asma

Assalamualaikum rakan-rakan sekalian,

Allah sedang menguji kita dengan didatangkan jerebu ke seluruh negara. Kesannya memang banyak terutama bagi pengidap
asma seperti  aku. Sama-samalah kita menjaga
kesihatan agar kesannya dapat
diminimumkan.
Aku akur arahan 
doktor supaya berehat 
di rumah dan tidak melakukan aktiviti 
di luar untuk sementara waktu.
Lupakan sekejap  segala
tugasan.
Alhamdulillah 
segala apa yang didatangkan pasti tersembunyi hikmahnya.

Saturday, June 08, 2013

Awan Highway

Awan Sememangnya Cantik

 Bila nampak awan cantik
sebegini, jari pantas membidik

 Lokasi bidikan ini di Lebuhraya Utara Selatan antara 
Kamunting-
Parit Buntar

Rasa happy bila tengok awan sebegini indah.
 Keindahan ini
membataskan ciptaan
manusia dengan ciptaan
Yang Maha Esa


 Pelbagai bentuk
pelbagai rupa
berarak tanpa henti
  Keindahan awan
 Sungguh cantik di langit
 Sangat mengagumkan
HAYATILAH
All rights reserved ® by jmlhayati.blogspot.com
ทีผี ส่าหรีสี

Thursday, June 06, 2013

Jelajah 2 - Timur Barat – Sg. Koyan - Cameron

Indahnya Alam Sungai Koyan - Cameron
Mula memasuki laluan ke Cameron dari Sg Koyan, jam di tangan menunjukkan angka 5.28 petang.
 Laluan memang sunyi,  pada awal laluan, sesekali berselisih dengan 2-3 buah motosikal. Dari raut muka kelihatan seperti kaum orang asli yang mendiami kawasan sekitar.
Mata mula terpukau dengan keindahan alam yang terhidang di depan mata.
Semakin sunyi, mungkin waktu dah lewat petang, sepanjang perjalanan dari 
Sg Koyan ke Cameron, kami hanya bertemu kenderaan tidak lebih dari 5 buah...
aku berdoa moga perjalanan membelah belantara ini tidak berhalangan. 
Kamera digenggam, jari tetap membidik. Alam indah yang terhidang di depan mata memang tidak boleh dibiarkan begitu sahaja.
Cantik sungguh alam ciptaan-Mu ini YA ALLAH. 
Terima kasih kepada para jurutera, para pekerja dan seluruh tenaga yang terlibat dalam pembinaan laluan ini, walaupun terpaksa mengorbankan sebahagian 
flora fauna yang mendiami belantara ini. 
Jasa anda dapatlah kami 
menikmati keindahan 
'unsung places' ini.
mata terpukau
rasa hilang segala tekanan
Terima kasih Ya Allah memberi peluang aku menikmati keindahan ini
Pemandangan ini tidak boleh dilepaskan
Melihat ini, kereta dihentikan sebentar..
klik..klik dan klik
Pengembaraan kali ini aku tidak membawa serombong panjang 150 - 500
sebab aku rasa nak bergembira dengan  compact Nikon J1
dan satu lagi DSLR yang aku pasang 
lens 18-300mm yang baru je aku miliki

  Berbaloi melabur untuk memiliki lensa 18-300mm

Penempatan masyarakat Orang Asli, bersih
  Beberapa km lagi untuk sampai ke Ringlet setelah 1 jam perjalanan dari Sg Koyan.
  Perasaan dah benar-benar lega bila nampak pemandangan seperti ini.
 Berhenti mengisi minyak di Ringlet, jam menunjukkan angka 6.47 petang.
Meneruskan perjalanan ke Brincang dalam hujan renyai dan jalan yang sesak.
Musim cuti sekolah, Cameron menerima kunjungan pelancong yang luar biasa.
Mencari parking depan masjid di Brincang memang sukar,
setiap inci ruang penuh dengan kenderaan. 
Sabar je..
tapi alahmadulillah.
Dah selesai tunai kewajipan...masa untuk mengisi perut dan melayan mata..

Terima kasih
All rights reserved ® by jmlhayati.blogspot.com
ทีผี ส่าหรีสี